Seorang Penyair, Sebuah Benua Rusuh: Biografi Usman Awang

Seorang Penyair, Sebuah Benua Rusuh: Biografi Usman Awang

Product Code:BCF-10219
Availability:17
Weight0.50kg
  • RM38.00

  • Ex Tax: RM38.00

Format: Paperback
ISBN-13: 9789670960821
Tahun Terbit: 2017
Jumlah Muka Surat :223

Penerbit: SIRD
Penulis: Muhammad Haji Salleh

 

Sinopsis

Seorang Penyair, Sebuah Benua Rusuh, Biografi USMAN AWANG ini dapat dianggap sebagai sebuah biografi yang paling lengkap yang manggalur alir kehidupan Usman dari Tanjung Lembu/Kuala Sedili hinggalah ke Mersing, Muar dan Segamat. Melaka dan Singapura pula mematangkannya dan membentangkan bakat multi-bidangnya. Benang kreativitinya diusut pada pengalaman dan puisi-puisinya.
 
Puluhan gambar lama dan baru mengakar kita pada kenyataan hidup penyair ini. Sesungguhnya, dengan mata yang sangat tajam dan kehadirannya yang selalu ‘terlibat’, Usman telah membawa pembacanya melalui tiga zaman – sebelum perang, selepas perang dan selepas Merdeka. Pada tahun-tahun 1960-an hingga 1990-an, Usman menjadi pemimpin dan contoh, teman dan penggerak drama, puisi dan majalah sastera di Malaysia. Dunia penuh Usman yang dilukiskan dalam biografi ini disajikan kepada peminat, pengkaji, pelajar dan semua yang ingin melihat tempat sasterawan ini dan sastera dalam Malaysia.
 
Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh, seorang teman, kritikawan puisi dan juga seorang penyair, mengenali Usman sejak tahun 1968. Beliau sering berkongsi pentas dan ruang sastera dengan Usman. Untuk menyiapkan biografi ini, Muhammad telah mewawancara Usman – tidak kurang daripada 20 kali – untuk mengutip buah ingatannya.
 
Muhammad juga menggeledah sumber daripada anak Usman, sepupunya, ibu saudaranya, teman-temannya, pustakawan dan tentu sahaja buku, makalah, majalah, juga ratusan foto lama, yang turut menjadi sumber primer Muhammad dalam menghasilkan biografi yang cukup bermakna ini.
 
============================
 
ISI KANDUNGAN
 
PENGHARGAAN
SAMBUTAN
PENGANTAR
 
BAB I ANGIN ASIN LAUT JOHOR
BAB II SERI MERSING DAN SENAMNYA
BAB III BANDAR MAHARANI DAN DESANYA
BAB 1V DI MELAKA, SEJARAH DAN MASA DEPAN
BAB V KE SINGAPURA, DUNIA BARU
BAB VI KUALA LUMPUR: DUNIA YANG MENUNGGU
BAB VII MENDANDAN KATA
BAB VIII PENGIKTIRAFAN
BAB IX PERJALANAN SASTERA
BAB X KEHIDUPAN KELUARGA DI PUSATNYA
BAB X1 DARIPADA TEMAN BUAT TEMAN
BAB XII PENUTUP - USMAN AWANG - PUISI&NAMA
 
BIBLIOGRAFI
INDEKS
 
==================================
 
ULASAN
 
Allahyarham Usman Awang adalah satu sosok yang tidak asing lagi di dalam dunia Persuratan Melayu moden. Beliau merupakan salah seorang daripada sasterawan - sasterawan negara. Banyak sumbangan yang telah beliau berikan pada dunia Persuratan Melayu moden. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Usman Awang, sebuah biografi tentang kehidupan beliau sudahpun dikarang oleh salah seorang sasterawan negara yang lain iaitu Muhammad Haji Salleh.
 
Buku biografi ini diberi tajuk "Seorang Penyair, Sebuah Benua Rusuh". Didalam biografi ini, para pembaca akan diceritakan oleh Muhammad Haji Salleh melalui penulisannya tentang kehidupan Usman Awang dari kehidupan awal beliau hingga ke kemuncak karier beliau yang sangat menakjubkan seperti dianugerahkan SEA write Award, mendapat jemputan ke luar negara dan karya - karya hasil nukilan beliau diterjemahkan kedalam bahasa - bahasa asing.
 
Buku biografi ini boleh dijadikan sumber rujukan kepada mana - mana pelajar yang mengambil jurusan atau bidang sastera untuk mengetahui lebih lanjut tentang salah seorang tokoh yang besar dalam dunia Persuratan Melayu moden. Buku ini juga sesuai untuk dibaca oleh individu - individu yang mempunyai minat dalam dunia kesusasteraan tambahan lagi sekiranya individu tersebut merupakan peminat hasil - hasil karya Usman Awang.

Write a review

Please login or register to review